Wednesday, January 6, 2010

MODEL BAHASA ARAB

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil

Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid.
2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa.
3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk.
4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan.
5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun.
7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2

Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009
5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers