Wednesday, January 6, 2010

MODEL KHATAM AL-QURAN 6 BULAN

mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Pelajar MESTI membaca QURAN bemula TAHUN SATU 6 BULAN KEDUA dengan menggunakan Modul SATU di bawah. Modul-modul lain boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempercepatkan proses khatam quran.

Modul SATU
1. Khusus untuk pelajar yang masih belum membaca al-Quran.
2. Semua palajar akan membaca al-Quran (mengikut kumpulan masing-masing) secara
3. beramai-ramai mengikut bacaan guru di awal waktu.
4. Tempoh bacaan ialah selama 10 minit hanya untuk satu mukasurat bagi satu masa P&P.
5. Baki 20 minit P&P digunakan untuk meneruskan bacaan iqra' mengikut tahap masing-masing.
6. Bacaan Quran menggunakan modul ini perlu diambil kira dan ditanda di dalam buku rekod bacaan pelajar.

Modul DUA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan
3. diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
4. Guru membimbing murid aras satu manakala murid aras dua dibimbing oleh murid turus.

Modul TIGA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
3. Murid turus yang lain akan terus membimbing murid-murid pelbagai tahap di kumpulan masing-masing.
4. Murid-murid lain akan membaca di hapadan guru selepas dibimbing oleh murid turus untuk diperaku bacaan mereka dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

Modul EMPAT
1. Melibatkan murid-murid yang membaca quran di pelbagai tahap.
2. Guru memberi penerangan (satu) hukum tajwid berpandukan sistem warna dalam quran serta bacaan contoh (5 minit pertama)
3. P&P secara berpasangan.
4. Setiap murid akan disemak bacaannya oleh pasangan masing-masing
5. Setiap pasangan akan membaca di hadapan gurunya untuk diperakukan bacaan dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

PERHATIAN:
1. Setiap kumpulan tidak statik. Ahli kumpulan boleh berubah mengikut tahap dan kemahiran.
2. Bacaan setiap pelajar mesti dicatat di dalam buku rekod bacaan setiap kali P&P berjalan.
3. Bilangan murid dalam kumpulan cemerlang lebih ramai berbanding kumpulan kurang cemerlang supaya murid lemah dapat diberi lebih tumpuan.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers