Wednesday, January 6, 2010

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.
2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)

3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.
4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers