Tuesday, January 26, 2010

KELAS AGAMA PETANG DI SK SEREMBAN JAYA 2

TAKLIMAT KELAS AGAMA PETANG DI SKSJ2
TARIKH : 25 JANUARI 2010
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 - 4.45 PETANG

ATURCARA :
2.00 - 2.30 PTG : PENGESAHANPENDAFTARAN MURID KELAS AGAMA PETANG
2.30 - 2.45 PTG : UCAPAN ALU-ALUAN PENYELARAS KELAS AGAMA PETANG, PN. AZIMAH
2.45 - 3.00 PTG : TAKLIMAT WAKIL GURU BESAR, PN. ROZAIMAH (GPK KURIKULUM)
3.00 - 3.10 PTG : UCAPAN ALU-ALUAN DRPD PN. ZAITUN (GPK HEM)
3.10 - 4.45 PTG : SAMBUNGAN.. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN BUKU LATIHAN KAP
4.45 PTG : MAJLIS BERSURAI

Terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga dan murid-murid yang memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan Kelas Agama Petang ini.

Guru-guru Kelas Agama Petang :
Tahun 1 : Pn. Hjh. Shazlina
Tahun 2 : Cik Noor Iklima
Tahun 3 : Pn. Azimah
Tahun 4 : Kosong
Tahun 5 : En. Rosha'ramadhan

Sunday, January 10, 2010

BACA AL-QURAN SETIAP HARI

Hampir setiap hari murid-murid diajar membaca Al-Quran, memperdengar tasmik, mempelajari kandungan Al-Quran dan sebagainya,...Kenapa kita dianjurkan membaca Al-Quran? ..kerana Al-Quran Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82) Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.. marilah seluruh warga SKTP kita perbanyakkan bacaan Al-Quran moga kita semua dirahmati Allah SWT.

Wednesday, January 6, 2010

MODEL KEM BESTARI SOLAT

Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.
2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)

3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.
4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan

MODEL BAHASA ARAB

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil

Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid.
2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa.
3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk.
4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan.
5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun.
7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2

Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009
5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009

MODEL KHATAM AL-QURAN 6 BULAN

mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Pelajar MESTI membaca QURAN bemula TAHUN SATU 6 BULAN KEDUA dengan menggunakan Modul SATU di bawah. Modul-modul lain boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempercepatkan proses khatam quran.

Modul SATU
1. Khusus untuk pelajar yang masih belum membaca al-Quran.
2. Semua palajar akan membaca al-Quran (mengikut kumpulan masing-masing) secara
3. beramai-ramai mengikut bacaan guru di awal waktu.
4. Tempoh bacaan ialah selama 10 minit hanya untuk satu mukasurat bagi satu masa P&P.
5. Baki 20 minit P&P digunakan untuk meneruskan bacaan iqra' mengikut tahap masing-masing.
6. Bacaan Quran menggunakan modul ini perlu diambil kira dan ditanda di dalam buku rekod bacaan pelajar.

Modul DUA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan
3. diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
4. Guru membimbing murid aras satu manakala murid aras dua dibimbing oleh murid turus.

Modul TIGA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
3. Murid turus yang lain akan terus membimbing murid-murid pelbagai tahap di kumpulan masing-masing.
4. Murid-murid lain akan membaca di hapadan guru selepas dibimbing oleh murid turus untuk diperaku bacaan mereka dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

Modul EMPAT
1. Melibatkan murid-murid yang membaca quran di pelbagai tahap.
2. Guru memberi penerangan (satu) hukum tajwid berpandukan sistem warna dalam quran serta bacaan contoh (5 minit pertama)
3. P&P secara berpasangan.
4. Setiap murid akan disemak bacaannya oleh pasangan masing-masing
5. Setiap pasangan akan membaca di hadapan gurunya untuk diperakukan bacaan dan ditanda dalam buku rekod bacaan.

PERHATIAN:
1. Setiap kumpulan tidak statik. Ahli kumpulan boleh berubah mengikut tahap dan kemahiran.
2. Bacaan setiap pelajar mesti dicatat di dalam buku rekod bacaan setiap kali P&P berjalan.
3. Bilangan murid dalam kumpulan cemerlang lebih ramai berbanding kumpulan kurang cemerlang supaya murid lemah dapat diberi lebih tumpuan.

MODEL TASMIK

Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.
2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)

3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.
4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan

My Blog List

Followers